Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, December 31, 2011

Google Paling Kerap DiLawati

Enjin carian Internet - Google dinobatkan sebagai destinasi web paling kerap dilawati di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini untuk mencari pelbagai sumber maklumat, diikuti laman sosial Facebook dan Yahoo!. Menurut firma penyelidik pasaran Nielsen, Google menerima 153.4 juta pelawat secara purata setiap bulan daripada medium komputer rumah dan tempat kerja.


Facebook mencatatkan sebanyak 137.6 juta pelawat pada setiap bulan, manakala Yahoo! memperoleh 130.1 juta. Enjin carian Microsoft, MSN, WindowsLive dan Bing pula mencatatkan sebanyak 115.9 juta pelawat dalam tempoh sebulan.

Laman web YouTube turut tidak ketinggalan menjadi pilihan rakyat AS untuk mendengar lagu dengan mencatat 106.7 juta pelawat.

Sementara itu, Facebook yang dianggap sebagai fenomena apabila mencatatkan sebanyak 800 juta keahlian dari seluruh dunia berada pada tangga teratas bagi kategori rangkaian sosial dan blog.

Laman sosial tersebut menerima sebanyak 137.6 juta pelawat setiap bulan iaitu tiga kali ganda berbanding 45.7 juta pelawat bagi blog, manakala Twitter hanya memperoleh 23.6 juta pelawat.

Laman sosial Myspace yang cuba untuk bangkit semula mencatatkan sebanyak 17.9 juta pelawat secara purata dalam sebulan dan produk terbaru Google, Google+ memperoleh 8.2 juta pelawat.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...