Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, December 3, 2011

Facebook Islam Dilancar Tahun Depan

Laman web sosial baru bakal dilancarkan pada tahun depan. Sekumpulan ahli perniagaan Islam di Turki semalam, mendedahkan rancangan untuk melancarkan laman web sosial seperti Facebook yang dipenuhi dengan nilai-nilai baik untuk golongan muda Islam. Naib Presiden kumpulan tersebut, Ahmed Azimov menyatakan, laman sosial SalamWorld.com, yang akan dilancarkan pada tahun depan, berfungsi untuk menyatukan golongan muda dengan satu matlamat yang sama.


Ianya juga  menerapkan ciri-ciri yang baik serta mengetepikan maklumat yang tidak bermanfaat kepada pengguna. Laman sosial itu berpangkalan di Istanbul dan mempunyai cawangan pejabat di Moscow serta Kaherah dan diselaraskan di 30 buah negara lain, dijangka menarik kira-kira 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun.

Motif utama projek ini ialah untuk membina rangkaian sosial tanpa unsur-unsur yang dilarang oleh agama. Bagi mencapai matlamat ini, mereka memerlukan pasukan perantara yang ramai untuk mengendalikan proses penapisan data. Ianya juga bergantung kepada pengguna untuk menapis sendiri kandungan data yang digunakan.

Azimov, bagaimanapun enggan mengulas mengenai butiran sumber kewangan bagi projek itu dan menyatakan ia tidak menjadi masalah besar.


Laman sosial tersebut turut menawarkan perkhidmatan seperti khidmat perundingan teologi dan panduan lokasi masjid dan kedai-kedai makanan halal. Mereka juga sedang berusaha mencipta ensiklopedia secara talian atau dikenali sebagai Islamic Wikipedia.

Mungkinkah anda akan bertukar kepada laman web sosial yang baru, atau terus setia menggunakan Facebook. Jadi, kita sama-sama nantikan kemunculannya pada 2012.

4 comments:

Unknown said...

jom beralih ke fb islam lak

2one said...

mm, ok jgk 2..

Diari Si Froggie said...

sangat menyokong laman nie..bila dilancarkan kita tinggalkan facebook. :)

2one said...

yea btul 2 aida, nnti jgn lupa add sy kt facebook bru 2 :)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...