Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, September 9, 2011

Ikan oh Ikan


Anda suka makan ikan tak? Ada yang gemar makan ikan, ada yang tak suka makan ikan. Kebanyakan orang suka makan ikan, termasukla kucing. Ia merupakan sumber protin yang penting untuk keperluan tubuh badan kita. Rasanya yang manis dan lembut memang menggoda selera.

Di negara kita sudah menjadi kebiasaan bagi orang melayu terutamanya, ikan dijadikan sebagai lauk bersama nasi. Pelbagai resepi masakan yang menyelerakan tercipta untuk ikan ni.

Ada bermacam jenis ikan terutamanya di negara tercinta, Malaysia. Malaysia di kelilingi oleh laut dan terdapat bermacam jenis ikan yang mana menjadi tempat para nelayan mencari rezeki yang halal.

Negara kita juga terdapat banyak sungai. Sungai kita kaya dengan bermacam jenis ikan. Ikan sungai semakin diminati di negara kita. Mereka yang ingin menukar selera bolehlah mencuba ikan sungai pula. Bagi penggemar ikan sungai, mereka akan cuba mendapatkan bekalan walaupun harganya mahal.

Ikan sungai sekarang harganya melambung tinggi di pasaran terutamanya jenis ikan yang susah didapati. Biasanya juga ikan yang berasal dari sungai atau persekitaran asal lebih mahal dari ikan yang dipelihara. Ini kerana ada perbezaan ikan yang berasal dari persekitaran asal dengan yang dipelihara. Perbezaan yang ketara ialah rasa ikan tersebut yang mana dikatakan ikan yang berasal dari habitat asal lebih sedap rasanya dari ikan yang dipelihara.

Sekarang ramai orang terlibat dalam mengusahakan ikan dalam kolam, dan juga dalam sangkar. Kerajaan amat menggalakkan masyarakat terlibat dalam industri perikanan. Ini kerana ia dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan juga negara. Industri ini boleh dilakukan secara kecil kecilan ataupun secara besar besaran sehingga keperingkat global. Dengan ini dapat menambah bekalan ikan dalam negara yang mana mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan dan juga luar negara.

Penternakan ikan yang biasa diternak di negara kita ialah dari jenis ikan sungai. Contohnya penternakan ikan keli. Ramai orang sudah terlibat dalam penternakan ikan keli terutamanya penduduk di kawasan kampung. Mereka menghadiri kursus-kursus yang sering dianjurkan oleh badan-badan kerajaan atau pun oleh pengusaha-pengusaha besar yang telah berjaya.

Anda juga boleh menceburi penternakan ikan keli. Walaupun tidak dapat menghadiri kursus-kursus yang ditawarkan, boleh cuba mendapatkan panduan tentang cara-cara penternakan ikan keli ini. Anda boleh mendapatkan buku-buku yang terdapat di pasaran sekarang. Atau anda juga boleh mendapatkan ebook tentang Penternakan Ikan Keli. Anda boleh pergi kehalaman ebook atau klik di sini. Selamat mencuba.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...