Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, September 16, 2011

Kelebihan Makan Kurma


Kurma atau tamar biasanya dijadikan sebagai makanan pembuka puasa pada bulan Ramadhan. Rasanya yang manis dan kebanyakan orang sukakannya. Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan. Ada beberapa sebab mengapa anda perlu menjadikan kurma sebagai salah satu juadah anda terutama di bulan Ramadhan.

  • Kurma adalah buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin.

  • Dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

  • Penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.

  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

  • Khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.

  • Jus kurma berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

Oleh kerana kurma mempunyai khasiat yang begitu baik untuk tubuh badan serta mampu memberi tenaga sepanjang hari, kenapa tidak kita mengamalkannya. Bukankah nabi junjungan kita sendiri menjadikan kurma atau tamar sebagai juadah utama ketika berbuka. Jadi, jom makan kurma!

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...