Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, September 11, 2011

Coklat


Tahukah anda, makan coklat adalah baik untuk kesihatan. Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.

Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.

Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.

Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

Bagi yang menggemari coklat, bolehlah membuat sendiri coklat di rumah. Dapatkan panduan membuat coklat di SINI.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...