Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, September 18, 2011

Blog F1

9 Cara Melajukan Blog Anda

Anda mesti ingat artikel ini pasal F1 kan. Lebih-lebih lagi jika anda peminat sukan bermotor no 1 iaitu Formula 1. Sebenarnya artikel ni tentang cara melajukan blog anda, mungkin selaju kereta F1.
 

Saya pasti ramai blogger yang menginginkan pengunjung datang ke blog mereka. Namun, pengunjung pasti akan berasa hampa sekiranya blog kita sukar untuk dipaparkan. Apa sebabnya ? Bagaimana cara melajukan blog kita agar pengunjung yang hadir suka untuk datang kembali ?

Artikel ini akan mendedahkan 9 cara bagaimana anda boleh menambah kelajuan paparan blog anda. Tip-tip yang saya gunakan dalam artikel ini boleh diaplikasikan di blogspot atau wordpress. Tip-tip ini juga boleh diaplikasikan mengikut selera anda. Ada cadangan penambahbaikan ? Anda boleh nyatakan di ruangan komen.

1. Gunakan Template Yang Ringkas

Gunakan template blog yang ringkas serta tidak banyak menggunakan warna. Sebolehnya, gunakan theme yang mempunyai sidebar yang terletak di sebelah kanan bagi membolehkan isi blog dikeluarkan terlebih dahulu.

Theme yang anda lihat sekarang merupakan theme yang direka sendiri oleh saya dan dioptimisasikan untuk kelajuan blog serta SEO. Gaji sendiri juga akan mengedarkan theme ringkas ini dan anda boleh mendapatkannya tidak lama lagi.

2. Iklan: Jangan Terlebih Pasang Di Blog

Pemasangan iklan di blog merupakan sumber pendapatan bagi sesetengah blogger, namun iklan yang berlebihan di blog merupakan ‘pembunuh’ kelajuan blog yang lebih baik berbanding aspek-aspek lain.

Bagi melajukan paparan blog anda, cukup sekadar satu atau dua iklan yang anda rasa benar-benar boleh mendatangkan pendapatan kepada anda. Fokus pada iklan tersebut dan letakkan di tempat yang strategik. Blog anda juga akan dilawat oleh manusia lain, bukan hanya bot-bot daripada enjin carian.

Bayangkan jika anda sendiri merupakan pelawat yang mengunjungi sesebuah blog. Akan tetapi blog tersebut mempunyai iklan yang lebih banyak daripada isi, apa yang anda rasakan?

3. Gambar: Tidak Perlu Terlalu Banyak

Usah letak terlalu banyak gambar di blog anda. Melainkan blog anda merupakan blog yang berasaskan fotografi. Sudah memadai dengan hanya 1-2 gambar bagi satu artikel untuk menceriakan pelawat.

Gambar yang sedikit akan mengekalkan kelajuan blog apabila ia dilawati oleh pengunjung. Anda juga boleh crop atau resize gambar yang diletakkan di blog, sama ada ia gambar kecil thumbnail, atau gambar-gambar besar yang lain. 

4. Simpan Gambar Dalam Server Sendiri

Jika anda mempunyai server sendiri, simpan gambar yang ingin anda upload ke dalam server anda sendiri. Gambar yang berada di dalam server sendiri lebih mudah untuk dipamerkan berbanding gambar yang diperolehi dari server luar.

Tapi tidak salah jika anda terpaksa juga simpan gambar di server luar. Saya cadangkan anda simpan gambar di Photobucket. Photobucket boleh dikatakan sebagai hosting gambar yang baik dan percuma. Anda juga tidak perlu risau tentang tempoh sah akaun anda kerana Photobucket tidak akan delete akaun anda walaupun anda tidak login ke akaun berbulan-bulan lamanya.

5. Ringkas Itu Menawan

Jadikan blog anda sentiasa elegan, namun mempunyai design seringkas mungkin. Blog yang ringkas akan senang untuk dipaparkan kepada pengunjung serta enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing.

Anda perasan tak bagaimana rupa enjin carian Google ? Tiada warna selain warna putih. Apa tujuan Google meletakkan warna putih sebagai latar belakang ? Padahal Google merupakan laman web nombor 1 dunia. Warna putih digunakan bertujuan agar keputusan carian pengguna internet dapat dikeluarkan dengan cepat. Oh!

6. “Potong” Artikel Anda

Bahagian ini tiada kaitan dengan iklan potong dari p1 Wimax. Caranya ialah dengan “memotong” artikel anda. Biarkan permulaan artikel sahaja diletakkan di bahagian utama blog.

Bagi pengguna wordpress, gunakan fungsi “more” pada artikel anda. Jangan letakkan keseluruhan isi artikel anda di bahagian depan. Anda juga disarankan untuk tidak meletakkan terlalu banyak bilangan artikel di muka depan. Cukup sekadar 5-6 artikel.

7. Tambah Slash Pada Akhir Direktori

Jika anda menambah slash(/) pada akhir link, server akan menganggap link tersebut sebagai link direktori, seterusnya melajukan paparan blog anda. Sebagai contoh http://www.gajisendiri.com/hubungi/ akan lebih mudah dipamerkan berbanding http://www.gajisendiri.com/hubungi.

8. Isi Ketinggian dan Lebar Gambar

Jika anda meletakkan gambar di dalam artikel, anda disarankan untuk menggunakan tag “height” serta “width” pada gambar tersebut. Sekiranya browser (cth: firefox) mendapati fungsi ini digunakan pada gambar di blog anda, browser akan membiarkan gambar tersebut dipaparkan di belakang tabir terlebih dahulu. Jika tiada fungsi ini pada gambar anda, browser terpaksa menunggu imej tersebut dipaparkan terlebih dahulu.

9. Kurangkan Penggunaan Widget & Gadjet

Bagi mereka yang suka menggunakan gadget, informasi ini mungkin akan membuatkan anda berduka. Jika anda menggunakan gadjet seperti jam atau kalender, gadjet-gadjet ini sebenarnya akan melambatkan lagi kelajuan blog anda dipaparkan.


Masalah utama yang mungkin anda temui ketika menggunakan gadjet ini adalah apabila laman web penyedia gadjet tersebut menghadapi masalah seperti server down dan sebagainya, anda juga akan terkena tempiasnya. Sebaik-baiknya, guna 1-2 gadjet yang benar-benar memberikan fungsi kepada blog anda. Apakah widget tersebut ? Anda boleh tentukan sendiri.

0 comments:

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...